...Just My Cup Of Coffee...

By: Riana Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]
Sunday, 26-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
"Tsunami": Al-Fatihah

Bencana Alam: Antara Azab Tuhan dan Gejala Alam
 
 
View all 6 photos...
Quote:
"Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu..


Ombak besar landa pantai Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Perak, Selangor

** Petikan: Berita Harian/NSTP

Ombak besar turut melanda Indonesia, Thailand, India, Sri Lanka, Maldives, Myanmar dan Bangladesh meragut kira-kira 8,700 nyawa, dengan Sri Lanka mencatat kematian tertinggi.

Tsunami mencapai ketinggian enam meter itu menyusuli gempa bumi 8.9 skala Richter itu, paling kuat dalam tempoh 40 tahun. Ia berpusat di Latitud 3.1 Utara dan Longitud 95.5 Timur, 590 kilometer dari sini dan 680 kilometer dari Kuala Lumpur.

Kebanyakan mangsa di Malaysia ialah mereka yang sedang berkelah dan memancing di tepi pantai Batu Ferringhi dan Balik Pulau di sini, ketika ombak melanda secara mengejut dalam keadaan cuaca baik kira-kira jam 1.30 tengah hari.


It was a bright and sunny Boxing Day in Penang where most people had taken advantage of the school holidays and the extended Christmas Day break to visit the popular beaches along Batu Ferringhi and Balik Pulau when disaster struck.

Malaysia was not spared. At least 45 people were killed with hundreds injured and missing in the aftermath of a tsunami triggered by the most powerful earthquake since 1964.

The quake, measuring 8.9 on the Richter scale, had set off a chain reaction reaching far and wide, with 10,329 deaths from Penang to Thailand, Sri Lanka, India and Bangladesh.
Quote:
Firman Allah s.w.t: " Langit yang tujuh, bumi dan semua yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya DIA adalah Maha Penyayang lagi Maha pengampun".

MALAYSIA JUGA ADA KAWASAN LETUSAN GEMPA BUMI

Kita sememangnya yakin alam yang maha luas dan besar ini bukanlah terjadi dengan sendirinya. Mustahil sesuatu itu terjadi dengan sendirinya melainkan ada yang menciptanya. Bagaimana hebatnya ilmu pengetahuan yang telah dicapai dan yang akan dicapai oleh manusia, namun ianya masih sedikit sekali jika dibandingkan dengan besar dan luasnya alam semesta yang masih belum banyak diketahui dan diterokai oleh manusia.
Quote:
Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin, dan (juga) pada dirimu sendiri. Maka apakah kamu tidak memperhatikan?" ~ Surah Az-Zariyat: 20-21

Jika anda belajar subjek Geografi, antara perkara sering diberitahu ialah Malaysia tidak termasuk negara yang dilanda gempa bumi. Bencana alam semula jadi yang kerap berlaku ialah banjir, kemarau dan paling kuat pun mungkin ribut taufan. Iklim Malaysia yang bersifat panas lembap hasil pengaruh khatulistiwa menjadikan negara ini agak selesa didiami.

Malaysia bukan seperti Jepun yang boleh dilanda gegaran Tsunami, atau semacam Amerika Syarikat yang resah mengalami puting beliung Tornado. Rakyat negara ini agak bertuah kerana tidak perlu risau mengalami ribut salji tebal atau bahang ribut pasir. Iklim segala-galanya tampak begitu indah belaka ibarat berada di atas alam kayangan.

Namun tanpa disedari, Malaysia sebenarnya turut berpotensi menerima bencana gempa bumi. Buat masa sekarang, bahana gempa itu hanya setakat gegaran kecil hasil tempias apa yang berlaku di negara-negara jiran serantau. Bagaimanapun, berdasarkan peta kaji cuaca sejagat, ada beberapa kawasan di negara ini merupakan pusat letusan gempa.
Quote:
"Dan tidaklah kamu diberi ilmu pengetahuan kecuali sedikit" ~ Surah Al-Isra' :85

"Terdapat lima pusat gempa bumi di Malaysia. Tetapi kita tidak perlu bimbang. Pusat ini bukan terletak di kawasan berpenduduk padat. Sebaliknya ia dikesan berada di beberapa loklasi di Sabah dan Sarawak," kata seorang jurucakap Bahagian Seismologi dari Ibu Pejabat Jabatan Perkhidmatan Kaji Cuaca Malaysia di Petaling Jaya kepada MASSA.

Bahagian itu ditubuhkan pada 1974 bertujuan sebagai pusat pemantauan aktiviti gempa bumi di Malaysia dan persekitarannya. Jabatan tersebut memiliki 12 stesen seismologi termasuk di ibu pejabat agensi itu. Ia mempunyai mesin pengesan di FRIM Kuala Lumpur selain Ipoh, Kluang, Kuala Terengganu, Kuching, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Kudat, Tawau dan Sandakan.

Antara tempat yang dikenal pasti sebagai pusat gempa ialah di Miri, Sarawak serta Lahad Datu dan Tawau di Sabah. Lebih mengejutkan, kawasan Gunung Kinabalu yang menjadi mercu tanda Sabah juga ialah pusat gempa tersebut. Penduduk di Semenanjung pula boleh menarik nafas lega kerana tiada pusat gempa dikesan di kawasan itu.

"Namun, sehingga kini negara kita belum lagi mencatatkan sebarang rekod gempa bumi dan jika ada pun cuma tempias daripada negara jira iaitu Indonesia dan Filipina. Gempa bumi yang berlaku di dua negara itu pula bermagnitud kecil dan sederhana. ia lebih dikaitkan dengan gelinciran aktif yang wujud sekian lama," kata jurucakap berkenaan.

Gegaran yang sering dirasai di sepanjang pantai barat Semenanjung adalah akibat gempa bumi bermagnitud besar sama ada berasal daripada jajaran 42 pusat gempa di Sumatera atau 19 pusat serupa di Laut Andaman. Manakala di Sabah dan Sarawak, magnitudnya skala besar berpunca antara 23 pusat gempa yang berselerak di sekitar Mindanao dan Sulawesi.

"Kesan gegaran ini tidak dapat dielakkan kerana kedudukan Malaysia betul-betul terletak berhampiran dengan dua sempadan pertembungan kepingan aktif keseismokan iaitu Indo-Australia di sebelah Barat dan kepingan Eurasia di bahagian Timur," kata pensyarah Jabatan Geografi Universiti Malaya, Mustapha Kamal Idris.

Secara teori, gempa berlaku apabila ada proses pergerakan dalam bumi yang dikenali sebagai hanyutan benua.

Menurut teori itu, kerak bumi terapung di atas magma, iaitu sejenis batu cair dan hanyut secara perlahan-lahan. Kerak bumi pula terbahagi kepada 10 kepingan dikenali sebagai lithospherik. Sempadannya ditandai oleh banjaran gunung berapi dan kawasan gempa bumi. Terdapat tiga jenis sempadan lithispherik yang mempengaruhi bentuk muka bumi.

Pertama, apabila kerak bumi menjauhi sesama sendiri sehingga magma keluar membentuk kerak baru dipanggil rabung lautan. Kedua, kerak bumi bertembung dan menjulang ke atas lalu menghasilkan gunung atau satu kerak terbenam di bawah kerak lain berubah menjadi gunung berapi. Dan ketiga, kerak bumi bergerak secara selisih sesama sendiri.

"Proses gempa bumi di Malaysia melibatkan jenis kedua. Hanya yang berbeza ialah ia tidak menghasilkan gunung berapi, sebaliknya mewujudkan gunung", tambah Mustapha. Beliau percaya penduduk Malaysia tidak boleh sesekali memandang ringan kemungkinan tidak mungkin boleh berlaku sebarang gempa bumi di negara ini pada masa akan datang.

Dari segi geografi, kedudukan Malaysia biarpun jauh dari pusat gempa bumi tetapi negara ini masih berada dalam kawasan pelantar pergerakan bawah tanah aktif. Justeru, langkah pencegahan terutamanya dengan memastikan struktur bangunan yang kukuh dan selamat daripada sebarang gegaran perlu diambil kira demi mengelakkan bencana berlaku.


Wednesday, 15-Dec-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
The Blend of Life...

It's the only time she feels wanted
It's the only time she feels pretty
It's the only time she don't feel lonely
View all 6 photos...
Quote:
....dalam keegoanku untuk tidak mahu berusaha lagi
saat yang aku inginkan hanya diam di kegelapan ini...

Aku termasuk dari sejumlah besar manusia-manusia KualaLumpur yang tenggelam dalam kehidupan yang begitu rutin. Pagi hari berkejar-kejaran meninggalkan rumah, berhimpit-himpitan di jalan, di kenderaan awam, di stesen bas, di terminal Putra-LRT, menuju tempat mencari nafkah. Di petang hari kembali berkejar-kejaran pulang ke rumah masing-masing.

Hidup rutin kita, manusia KualaLumpur secara tidak sengaja saling melukakan. Lucunya kita tidak saling mengenal. Namun rutin... dari hari kehari, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun, membuat kita dapat mengenali wajah-wajah tertentu yang kemudian jadi terasa begitu akrab - namun tetap tak dikenali...

Ada kesenangan dibalik semua kesusahan... dan saat kesusahan yang satu hilang yang lain akan datang, lalu akan datang lagi kesenangan... begitulah seterusnya. Jadi hadapilah ~ berusahalah ~ berdoalah...


Bimbo Baggins: Bingung Mencari Lelaki??
Hidup ini memang sukar untuk ditafsirkan. Pernah tak merasa sepi ditengah keramaian?? Belongs to nobody, dan tersudut terperuk dan tak dapat merubah perasaan tersebut....

Being ordinary is OK... we don't need any wings or else to make us feel special. Coz we are special in our ordinariness... just act the way you are, feel the way you are..... jadi jangan pernah putus asa!!!

Quote:
Lelaki idaman saya adalah lelaki yg menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah lelaki
Yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya...

"Jangan menilai sebuah buku dari kulitnya" kata pepatah. Ia tak sepenuhnya benar atau pun salah! Kerana sesungguhnya seorang manusia punya banyak lapisan pada dirinya.... punya banyak sisi. Kita tak kan pernah benar-benar tahu. Kita tak kan pernah benar-benar mampu mengenali dan memahami seorang manusia lainnya...
Quote:
People we meet
Just walk on by
They paint what they want,
Then watch it dry.....

The street mostly know
Who's been friend and who's been foe
Open up ur heart
Open up ur mind
To see what's real.......


Tuesday, 26-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Be the Apprentice?

 
 
 
View all 12 photos...
Do you have what it takes to climb the corporate ladder?

Rancangan ni memang cukup menarik bagi aku larr.... sebab ada unsur ilmiah sikit.... boleh belajar selok-belok perniagaan dan strategi bekerja yang 'effective'. Kat sini masih lagi ngan Apprentice 1 (walaupun dah masuk musim ke-2), takpe larr...

16 orang pesesrta yang telah dipilih akan ditempatkan di sebuah Suite milik Donald Trump selama 15 minggu. Ibarat macam interview untuk dapatkan pekerjaan ~ mereka datang dari pelbagai latarbelakang pendidikan dan profesion yang berbeza. Peserta telah dibahagikan kepada 2 kumpulan, kumpulan lelaki (Versacorp) dan kumpulan perempuan (Protege).

Alkisahnyer... projek pertama, mereka kena menjual lemonade jus. Kemudian, untuk projek kedua kena buat iklan untuk Marquis Jet. Kedua-duanya, kumpulan Protege yang menang.... ganjarannya mereka dapat makan malam secara eksklusif bersama Donald Trump dan dibawa berkunjung ke apartment mewah milik jutawan tersebut. Tapi kumpulan yang gagal, akan dipanggil masuk ke 'board room' (bilik mesyuarat) dan secara wajibnya seorang peserta mesti dipecat. Yelah dalam game nie... setiap kumpulan perlu ada individu (tak kira lar lelaki/perempuan) yang cekap dan boleh/bijak membuat keputusan atau tindakan. Selepas kekalahan berturut-turut kumpulan Versacorp setiap peserta akan di re-shuffle atau rombakan.... maka peserta lelaki dan perempuan akan disatukan.
Secara umum, ada peserta yang tak menarik langsung....terlalu 'convensional' dan tak kreatif


Quote:
Kata En. Khairul

Apa yang mereka tidak ajar di Harvard Business School adalah tajuk sebuah buku yang tidak pernah saya baca. Ditulis seorang seorang yang berjaya dalam bidang pengurusan sukan; yang saya agak merupakan seorang lulusan Harvard Business School, adalah mengenai pengurusan dari segi aplikasi.

Harvard Business School adalah antara institusi terulung dalam melahirkan pengurus atau usahawan yang berjaya. Barangkali apa yang diajar di sana adalah ilmu-ilmu pengurusan yang terkini dan mendapat sokongan atau tunjukajar dari syarikat-syarikat multinasional yang berjaya. Tenaga pengajarnya mungkin adalah individu yang pakar di dalam bidangnya dan bukan calang-calang kelayakan. Dan orang-orang yang dapat belajar di sana pun bukan calang-calang kepandaiannya. Jadi tidak pelik jika graduannya juga bagus-bagus.

Pun begitu di Harvard mereka tidak mengajar semuanya. Apa yang mereka tidak ajar tidak pula saya ketahui. Barangkali sebab itu buku itu tajuknya begitu.

Tetapi jika ditukar kepada apa yang mereka tidak ajar di universiti awam, barangkali saya tahu sedikit sebanyak. Kalau dikumpulkan jawapannya secara kolektif, mungkin ada yang akan berkata banyak yang tidak diajar. Mungkin juga ada yang akan berkata langsung tak ajar apa-apa:|

Ironinya, dunia kat luar ni tak sama dengan dunia yang diajar di universiti. Di universiti, semua pembangunan sistem adalah mengikut fasa. Di dunia sebenar ada sistem yang dibangunkan tunggang-terbalik. Di universiti, budak IT akan belajar benda-benda pasal komputer. di dunia sebenar, budak IT pun ada yang jual air tebu!

Di universiti orang selalu sibuk-sibuk pasal peratus yang dapat kelas pertama sikit tapi kat luar tak ramai orang peduli. Dapat kelas pertama tapi tak reti buat kerja tak ada gunanya. Baik dapat kelas dua tak kira bawah ke atas tapi tahu buat kerja. Kat luar ni orang yang tak mengaji sampai universiti pun ada yang boleh buat kerja lagi hebat dari orang yang ngaji universiti. Jadi adalah logik untuk berkata gagal di dunia luar (dibaca: penganggur) adalah kerana salah pihak universiti.

Jadi saya perlu mengatakan begini: mereka tidak ajar lotus semasa saya di universiti. Sebab itu sudah hampir seminggu mengadap lotus tapi tak reti-reti buat jugak.
Semua tunggu nak kena ajar, apa guna ada otak?


NEW YORK, NEW YORK
Reality's Apprentice (1)


16 candidates arrived on the treacherous island of Manhattan to face the challenge of their lives, with the hopes of winning a six-figure salary. Their boss over the next 15 weeks would be the biggest real estate developer in New York, Donald Trump.


Monday, 25-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
TalkTalk

It's all right letting yourself go...
as long as you can get yourself back larr!!
Don't take life too seriously...
Oops... long time, no see!!

Nowadays it's very difficult to find time to see my friends. Had an interesting chat with my old buddies ~ Shas` last nite! He's a person who has a passion for words. I didn't expect much of him when we decide to meet that nite....he's smart, intelligent, mature and appreciates almost the same things that I like. Don't get me wrong larrr

Looking at him reminded me of the state of the young men in our society here... which everyone is so engrossed into finding a partner or just having fun... (they're not beautiful enough)... but for sure these guy are smart enough to think about his future prospects larrr I have a super-natural friend

For some odd reason.... he left Malaysia to further studies in UK for 3 years ~ pursuing a Graphic Media Studies at University of Hertfordshire (with a major and minor in packaging & printing technology). But he's so cool about it!! Umm... Do you live without brands?

Yer loh....I did agree that a lot of Malaysians (esp. KL-folk) are unhappy with their jobs/work/career. But honestly, how many people out there are willing to sacrifice income for greater happiness


Quote:
What do you want to be when you grow up?
You don't know either?
Yelah...everyone else knew what they wanted to be.
Perhaps life is not perfect. It never is. But I feel pretty damn good for any of the flaws to be bothering me right now. My point is that we can't control the majority of things in the world, so why get stressed out about them?


Against enormous odds, Shas` always chose his destinations. Now, destiny has found him. He was innovative and sure of himself, even when he didn't deserve to be...

Quote:
Anonymous said...
I have a number of good friends in their early 30s with Oxbridge degrees. They are smart but none of them get to run the country's largest investment arm. I wouldn't even let them handle my company without work experience. Another mistake the govt makes that the people will pay for.




Friday, 22-Oct-2004 00:00 Email | Share | | Bookmark
Something to Ponder....

Take time to WORK, it's the price of success.
Take time to THINK, it's the source of power.
Take time to PLAY, it's the secret of youth.
View all 9 photos...
Kata Encik Khairul:

Pesan seorang ustaz ~ "Janganlah kita bergembira dengan kesusahan orang lain" ~ dan maksudnya dengan 'orang lain' itu ialah sesiapa sahaja yang bukan diri kita ~ tidak kiralah dia itu kita panggil keluarga, kawan atau musuh sekalipun.

Kerana ~ kata ustaz itu, air dapat memadamkan api.

Kalau kita biasa sebut hidup ini umpama roda... kita akan percaya bahawa hidup ini ada masa kita suka dan ada masa kita duka. Bagi orang-orang yg hari ini mereka susah, sekurang-kurangnya hari duka mereka sudah datang. Selepas ini mungkin akan datang pula hari untuk mereka gembira. Tetapi bagi kita yg bersuka-suka hari ini, kita tidak tahu entah bila pula hari duka kita akan datang. Kalau hari ini kita bergembira dengan kesusahan orang, kita tidak tahu adakah esok kita masih boleh bergembira sebegitu. Kalau hari ini kita bergembira dengan kesusahan orang, mana tahu esok kita akan tahu bagaimana bila kita kesusahan, orang lain pula yg bergembira
Quote:
Kata orang sudah jadi adat permainan ~ ada yang kalah ada yang menang. Tapi kebiasaannya bila kita bermain, kita tidak mahu berada di pihak yg kalah.


....tapi kita ini manusia ~ apa yang biasa kita buat, itulah yang payah kita hendak ubah

Kalau kita bencikan seseorang, tidak apa yg lebih menggembirakan daripada melihat orang itu di dalam kesusahan. Kalau orang itu jatuh basikal sahaja pun kalau boleh kita mahu gelak berguling-guling di sebelahnya. Kalau orang itu merangkak-rangkak meminta air di padang pasir, kita mahu berdiri di depannya sambil meminum berjag-jag air ~ tanpa setitis pun diberikan kepada orang itu. Kalau orang itu luka, kita dengan rela hati mahu menyapu luka itu dengan garam.

... itulah sikapnya manusia.
Quote:
Hmmm... malas nak gaduh dengan orang yg 'sudah banyak makan garam' ~ kita yg tidak salah pun boleh jadi salah.

Seelok-eloknya bila orang lain dalam kesusahan, kita buat 'rileks sahaja' ~ bersikap tenang dan jangan 'ribut-ribut' hendak 'menjaga tepi kain orang'. Jika orang itu memerlukan bantuan... kita beri bantuan setakat yg kita mampu. Jika orang itu kesedihan... kita cuba redakan kesedihannya. Buat apa yg patut kita buat, tolong apa yang boleh kita tolong ~ jangan pula kita yg lebih-lebih 'berjoget', jangan pula kita yg lebih-lebih meraung.

....itu kalau orang lain dalam kesedihan. Bagaimana kalau orang lain dalam kegembiraan?
Quote:
... yang baik itu datangnya dari Tuhan, yg kurang baik itu adalah disebabkan kelemahan kita sebagai manusia biasa..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net