|
|
| Monday, 18-Feb-2008 13:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Katanya Jatuh Cinta Itu Berjuta Rasanya?
|
|
| Quote: | | ...pernah merasa menjadi orang paling bahagia? Saat setumpuk beban terasa menjadi ringan seringan kapas..ketika yang dicintai memberikan rasa aman..nyaman dan memberikan keyakinan untuk melalui masalah yang kita hadapi.. saya pernah menjadi orang paling bahagia itu".. |
http://www.asiaexplorers.com/malaysia/woodville.htm
Cinta adalah SENI..
Kasih sayang, cinta dan rindu adalah emosi manusia yang sukar untuk diubahkan. Sama juga benci dan dendam. Seolah macam tidak dapat hendak dikawal. Namun, kita semua tahu bahawa mengawal perasaan dan tidak bertindak ikutkan perasaan adalah wajib untuk menjadi manusia yang waras dan adil serta lurus di jalan Allah..
Seni bercinta adalah seni pengurusan. Bercinta adalah mengurus ego seseorang yang kita cintai. Kita mengurus keperluan-keperluan emosi, psikologi dan sosialnya. Asas pengurusannya ialah ‘Buat, buat dan buat serta Cuba, cuba dan cuba’. Dengan pengurusan begini ego seseorang yang kita kasihi akan sihat, segar dan bertenaga oleh apa yang kita lakukan padanya. Begitu juga sebaliknya. Egonya akan sakit, rosak dan binasa oleh apa yang kita lakukan. Bukan oleh apa yang kita niat dan rancang. Maka yang penting di sini ialah ‘buat’ termasuk ‘cakap’.
http://www.expatkl.com/magazinearticles/june0605_5.pdf
Just like in the film making….camera rolling and….action!
KISAH kasih sepasang anak manusia sudah begitu kerapnya dijadikan bahan cerita yang hadir di tengah-tengah kita dari masa ke masa, baik dalam bentuk cerita turun-temurun, buku, filem, mahupun sandiwara radio. Ada cerita yang diilhami dari kisah nyata, tapi ada juga orang yang kisah cintanya seperti dalam filem. Sebenarnya apakah yang dikatakan dengan cinta itu? Mengapa topik yang satu ini seperti tidak ada habis-habisnya untuk diceritakan, dibahas, dan diperdebatkan? Yang lebih penting lagi, apa erti cinta bagi seseorang?
Having met few more friends with similar behavior made me start to realize that sometimes people only need couple of ears where they could spit things out. Acceptance would come later as I still need to comprehend why people want to talk about problems without wanting to explore solution and taking action to solve it. The answer comes hard and cold, because solution means action. And action means risk as one may need to venture out of one’s comfort zone. Action means taking some responsibility in doing something and make sure it works. Easy? Apparently not if it is not involving something you desired.
Berbagai terminologi digunakan orang untuk melukiskan bagaimana rasanya jatuh cinta itu. Ada yang kata bahwa jatuh cinta itu serasa indah sekali, sehingga semua di sekeliling kita juga terasa indah. Ada yang kata bahwa cinta terasa menyesakkan dada sehingga harus diungkapkan kepada pihak yang telah kita jatuh cinta. Cinta membuat kita berdebar-debar, berkeringat, dan salah tingkah bila berada dekat si dia.
Ada dua proses jatuh cinta yang biasanya disebut orang. Pertama terjadi secara tiba-tiba, atau yang dikenali dengan “love at the first sight” (cinta pandang pertama). Dan yang kedua terjadi setelah melalui proses interaksi (atau cinta yang terjadi setelah pertemuan yang berulang-ulang katanya).
| Quote: | | Tapi, pernahkah kamu menjadi orang paling sedih?...saat yang dicinta tidak menyedari bahwa kita adalah orang yang paling bahagia saat bersamanya…" |
Kita juga pernah mendengar ramai menyebut cinta palsu. Cinta palsu tidak wujud, tetapi cinta palsu yang dimaksudkan ialah tidak menyintai. Sebagai contoh jika seseorang kekasih menyukai anda kerana anda memiliki kemewahan dan bukan kerana sikap anda maka itulah yang sering dikatakan sebagai cinta palsu. Tetapi itu tidaklah menjadi soal sebab hati boleh berubah dan memang memilih itu perlu terutama perempuan kerana mereka akan menyerahkan diri mereka secara tidak langsung diri mereka akan terjejas dan tak salah jika ia memilih kebendaan untuk masa depannya asalkan ia tidak menggunakannya kearah yang salah atau mula menyombong diri.
Cinta tidak semestinya wujud pada masa itu juga. Sudah banyak individu yang bercinta selepas berkahwin terutama bagi pasangan yang dikendalikan oleh kehendak keluarga. Biasanya cinta yang paling seronok adalah apabila pasangan kita mengetahui keadaan kita yang sebenar dan menerima kita seadanya tanpa mengurangkan suasana kegembiraan sama seperti ketika dia belum mengetahui walaupun diri kita ini susah (biasa kalau kita senang semua orang suka). Cinta inilah yang boleh dikatakan benar-benar cinta.
| Quote: | | Ya … hidup itu tidak selamanya dipenuhi keceriaan, tapi untuk segala hal yang ada dimuka bumi ini semua ada waktunya. Ada waktu untuk menangis, waktu untuk tertawa, waktu untuk bersedih dan waktu untuk bahagia |
Beza cara lelaki atau perempuan menyatakan cinta kepada pasangan yang diidamkannya agak berlainan. Lelaki memang ditakdirkan untuk memulakan episod cinta dan perempuan adalah jarang sekali memulakannya. Ini boleh dikatakan soal maruah dan ia telah menjadi adat turun temurun kultur negara-negara di Asia tentunya. Lelaki tidak boleh bersikap hanya menunggu untuk dipelawa kerana ini adalah sikap perempuan yang telahpun menjadi trademark mereka. Lelaki yang ingin menyatakan cintanya pada seseorang perempuan mestilah menyatakan secara tersurat lebih kurang pengakuan. Masalah disini ialah adakah perempuan itu suka atau tidak. Anda boleh tahu jika anda (lelaki) meneliti dengan betul. Jika perempuan tersebut menyukai seseorang lelaki biasanya dia mudah memberikan senyuman dan mudah memberikan perhatian kepada anda atau mengambil berat tetapi tidak menyatakan cintanya secara terang-terang melainkan secara tersurat.
Garis perjalanan yang panjang penuh ranjau menuntut kemampuan diri menangani apa jua dugaan hidup dengan kental...
Ada kekuatan didalam cinta..kerana orang yang sanggup memberikan cinta adalah orang yang kuat kerana dia mampu mengalahkan keinginannya untuk mementingkan diri sendiri..
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 12-Feb-2008 12:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Ada Perasaan? Ada Logika?
|
|
"We always have a choice"
(....mengingatkan tentang kata-kata yang diucapkan dalam Spiderman 3)
Kebelakangan ini tak tau kenapa saya ingin menulis tentang soal perasaan dan peranan ‘teman’ dalam hidup ini..
Saya akhirnya belajar membuat setiap detik kehidupan ini “bererti” untuk dinikmati. Tidak mudah, tidak juga susah kalau kita memang mahu. Namun akhirnya kita sedar ada waktunya kita tidak mampu melewati setiap isi hidup sendirian. Hidup itu seharusnya balance dan tidak terlalu berlebihan..
Kita perlu sahabat..teman.. yang mampu menopang dan menguatkan kita bagi menempuh ranjau suka duka perjalanan hidup ini. Life is a journey and we need friends.
What do you think?
Di kesempatan ini, I would like to thanks HM yang selalu dan sentiasa menjadi “pendengar” yang setia, menjadi “katrol” untuk mengangkat saya dan menjadi “pengkritik” yang menyeimbangkan emosi saya dikala masa-masa sulit dan berat untuk ditempuhi...
Tanjung Benoa - Nusa Dua, Bali
| Quote: | | Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar.. |
...MENGUMPAN CINTA BAGAIKAN MEMANCING IKAN....oleh Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj
Ada kawan? Rasanya tiada manusia tanpa kawan. Kawan mudah dicari. Dengan sebentuk senyuman, kawan sudah boleh diperoleh. Dengan teh secawan di warung, kawan sudah boleh dibentuk.
Nilai kawan dan sahabat jauh berbeza.Jika anda ada teman lelaki,dia mungkin bergelar kawan, bukan pasangan kekasih. Kena pandai bezakan dengan kawan, sahabat dan kekasih. Sesetengah orang selesa sebagai kawan, sesetengah orang ingin dianggap sahabat, sesetengah orang mahu akhirnya digelar kekasih. Perlu lihat tutur kata pada awal perkenalan, kadang-kadang pada awalnya lagi sudah dapat diduga apakah dia ingin jadi kawan, sahabat mahupun kekasih.
Ramai gadis bertanya saya soal ini. Dia sudah berhubung dengan saya selama setahun, mengapa dia tidak faham apa yang ada dalam hati saya? Perlukah saya memberitahunya bahawa saya menyayanginya lebih dari seorang kawan?
Nah! Inilah bahananya jika anda tidak cuba memahami riak wajahnya, tutur katanya dan sikapnya sepanjang berkawan dengannya. Dia mungkin menganggap anda sekadar kawan, tetapi anda tidak. Anda menganggap dia lebih daripada itu. Anda mengharapkan cinta tetapi tidak pernah memberikan gambaran sedemikian. Maka dia tidak memahaminya. Diam-diam tanpa pengetahuan anda dia menjalin perhubungan dengan orang lain. Dan orang itu telah pun bergelar kekasih hatinya.
| Quote: | | Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. |
Ramai gadis kecewa direndam perasaan sendiri. Dia memikirkan lain dan mengharapkan lain tetapi lain pula yang ada pada diri seseorang lelaki itu. Kena berikan dia sedikit gambaran bahawa anda tidak sekadar menganggapnya kawan, tetapi kawan yang istimewa, kawan yang lebih daripada kawan, dan kawan yang ingin dijadikan kekasih.
Bagaimana melakukannya? Anda boleh hantar SMS berbau kasih. Ia ibarat melemparkan umpan sewaktu memancing. Jika umpan serasi, akan mengena. Jika tidak, umpan akan terbiar dibawa arus.
Memancing cinta juga begitu. Kena lemparkan umpan dan lihat apakah umpan disambar. Anda akan menerima balasan yang hampir serupa. Jika ayat-ayat power yang diberi, ayat-ayat power juga yang sampai kembali, itu antara lain tandanya kasih bersahut. Jika kata-kata berbau kasih, sayang dan cinta yang diberikan, yang diterima kembali adalah kata-kata yang hampir serupa tandanya umpan anda serasi dengan selera ikan. Boleh terus memancing, boleh terus menghulurkan umpan. Hingga akhirnya ikan tersangkut di mata kail, ketika itu bolehlah tarik joran, pegang dan tangkaplah hasil. Tika itu tidak perlu berselindung lagi untuk mengatakan bahawa anda menganggapnya lebih dari seorang kawan. Dia adalah kekasih hati dan orang pujaan.
| Quote: | | Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama. Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang. |
Ramai gadis menjadi mangsa keadaan. Dia tidak pernah tahu dia tidak dicintai. Dan tidak pernah tahu dia tidak pernah berada dalam senarai calon untuk dijadikan isteri. Dia berbaik dengan seorang lelaki dan membiarkan perhubungan itu berjalan dengan baik, sedangkan dia menyimpan hati, tetapi si lelaki tidak. Setelah berkawan hampir sepuluh tahun, usia telah lanjut baru tahu dia tidak sampai ke situ. Dia hanya berbaik, seorang yang baik dan mahu berbaik-baik.
Kenapa tidak memberikan gambaran awal supaya mudah mengambil keputusan, samada meneruskan atau beralih arah.
Bercinta adalah seni. Maka anda perlu menggunakan daya kreativiti dalam meniti di atasnya. Setiap cinta melalui jalan cerita yang serupa namun tidak pernah sama. Setiap watak yang melaksanakannya adalah berbeza maka anda perlu memahaminya. Bacalah peribadinya seawal perkenalan anda dengannya.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 6-Feb-2008 05:50 |
Email | Share | | Bookmark |
|
In Memory of Nenek
|
|
Gadis kecil manis, nakal, polos dan suka berkhayal sepi dalam dunianya. Mungkin itu belum tepat untuk mengambarkan sosok gadis kecil...(aku kecil dulu). Memori ini yang masih aku ingat sebelum nenek pergi meninggalkan dunia selamanya. Gadis kecilmu ini..sepertinya tak semanis yang engkau kenal dulu.. gadis kecilmu tak sekuat yang engkau inginkan.
..selepas nenek pergi selamanya... berjuta cerita dan pengalaman menerjang gadis kecilmu.ingin aku berlari memelukmu erat.. menangis di bahumu, merasakan belaian hangat jarimu..dan melayan cerita memorimu yang kadang mengasyikkan. Ketika nenek masih menghirup udara di dunia ini, anak-anak dan cucu-cucumu berkumpul di rumah pusakamu dan selalu dipenuhi gelak tawa dan jauh dari segala kerisauan. Nenek, kini kami bercerai berai...dan tak lain hanya badan yang sihat tapi berjiwa lapuk.
Nenek, sering aku rindu hangatnya kampung kita... hangatnya suasana disana. Sinar matahari yang selalu setia bersinar untuk kita... memang benar yang selalu dikatakan : "Hidup ini nanti, suatu masa memerlukan pengorbanan..jadi kuat lah, ingat lakukan yang terbaik.."
Tapi ya.. mungkin ini pengorbanan. Aku harus kuat.. usah bimbangkan gadis kecilmu. Berbeza, ya..semuanya jauh berbeza nek..semuanya. Masih aku ingat.. segala pesan tak akan pernah aku lupakan... Mungkin kini aku tak selembut gadis kecilmu yang penuh tata susilamu, aku di sini tumbuh keras..entah sifat dan perilakuku..mungkin lingkungan yang mengharuskan aku seperti ini..
Nenek, ingin aku pulang kampung kita, dan kini pasti berbeza..(kalau nenek masih ada) tapi setidaknya aku dekat dengan pusara nenek, dekat dengan rumah lama nenek, dekat dikelilingi pepohon rendang yang luas dan itu semuanya indah bagiku...
Tapi, walau betapa rindunya aku ingin pulang.. langkah kini tersendat. Tahukah nenek..ada seseorang yang memdambakan gadis kecilmu ini disini. Seseorang yang mencintai gadis kecilmu. Nenek, gadis kecilmu kini telah menemukan tambatan hati. Nenek, tahukah ketika aku ungkapkan semuanya padanya tentang kerinduanku pada kampung kita, tentang keinginanku menemani nenek disini.. nenek..matanya berkaca.. jangan tinggalkan aku, rintihnya. Nenek, lagi lagi pengorbanan...maafkan gadis kecilmu jika sekarang aku katakan kadang aku putus asa.. ingin aku berpatah balik dan melupakan semuanya. Kenapa gadis kecilmu ini selalu tak sanggup, walaupun sangat ingin.. !!
Selamat tinggal nenek. Semoga amal ibadahmu diterima disisi-Nya dan semoga dosa-dosamu diampuni oleh-Nya.
| Quote: | Bersama tangan ini telah kulewatkan masa-masa indahku..
Bersama tangan ini pula ku telah nikmati masa-masa pahitku..
Semua berlalu...
Kini dalam kesendirianku dalam tubuh yang rapuh ini
Ku cuba renungkan lagi apa erti sisa hidupku
Hidup yang hanya menanti ajal yang tak menentu
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 30-Jan-2008 11:20 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HAPPY BIRTHDAY (MY) LIFE....
|
|
Saya benci stereotype (sorry ya) apalagi kalau sampai melekat pada diri sendiri, tapi apakan daya, beberapa kriteria tersebut masuk juga ke dalam hidup ini tanpa di minta.... setelah lebih tigapuluh tahun hidup bekerja keras..tetiba dapat email sahabat lama yg kini menetap di Jakarta .. dia menggambarkan bahawa hidup tenang lebih kurang begini ~ ”Small studio apartment, morning coffee and newspaper and mortgage” yelah tu, saat ini walaupun tidak hidup mewah, paling tidak setiap pagi memang saya kena minum kopi sambil membaca suratkhabar dan kemudian memikirkan bagaimana nak settle hutang bulan depan...haaaahaaaa..
Kata orang sambutan harijadi merupakan hari yang paling istimewa dan pastinya kita merenung jauh apa saja impian..mimpi indah..angan-angan...yang sudah dan belum dilakukan pada setiap kali melewati detik-detik angka tambahan umur sebegini. Dan selalunya yang keluar adalah senarai panjang dari apa yang belum sempat dilakukan. Namun begitu, saya tidak pernah membiasakan diri.. mengharap Januari sebagai satu bulan yang penuh mitos... bukan kerana fobia takut usia makin bertambah..TAPI.. ianya semacam peringatan besar, hey, you haven’t done this and that, beware!
Oh ya..sudah lama teringin menulis topik yang akan buat saya dan orang lain mungkin boleh jadi sensitif...heehee
Tahun baru...kisah baru dan juga kejutan baru ~ kisahnya seorang teman lama yang tetiba muncul dan membuat saya shock memutuskan untuk berpisah setelah cinta pernah ada pada diri mereka selama 9 tahun hidup bersama sebagai pasangan suami-isteri. Ibarat rel kereta api, mereka selalu berada di dalam landasan yang dihormati..(oleh masyarakat dan budaya).
Berkahwin kata sebahagian orang yang berpandukan dengan nilai religious yang baik adalah satu ibadah. Sebahagian lagi kerana tidak mahu hidup sendiri. Beberapa lagi ingin menghalalkan suatu hubungan. Dan sebahagian lagi kerana ikut-ikutan, katanya.."abis temen-temen gue udah nikah, masa gue belom??? (takut nanti tidak termasuk dalam senarai stereotype begitu?/)
Andaian singkat saya sendiri.. berkahwin bukanlah satu destinasti akhir, tapi ianya agenda awal yang harus diambilkira. Walau kadangkala pernah terfikir sejenak..hmmm... mungkin lebih baik juga settle down, tapi pekara ini lebih pada curiosity sahaja. Maklum saja.. sebahagian besar teman-teman sekeliling sudah berkahwin dan memiliki kehidupan keluarga yang bahagia. Ada masa bila mula berbicara..seisi luahan perasaan selalu menjadi misi utama.. dan mengeluh mengapa kasih boleh bertukar menjadi dua. Atau ada yang memendam rasa kerana selepas berkahwin, suddenly si suami menjadi kurang mesra (mungkin kerana kurang luarbiasa kott???) dan ada masanya jadi kurang bebas (katanya hidup single itu jauh lebih mendamaikan), sebab kita boleh membuat keputusan tanpa harus mempertimbangkan keadaan pasangan (dan menyesal kerana akhirnya bertemu orang lain yang lebih sefahaman dan sejiwa rasa...)
Tapi...ada juga yang sudah sekian lama berkahwin..Tetap jatuh cinta dengan pasangan dan bahkan semakin jatuh cinta dan tak mampu membayangkan hidup tanpa pasangannya.
Apa sebenarnya definisi berkahwin/menikah itu ya? Ada seorang teman yang mengatakan, perkahwinan itu adalah ibarat cerita dongeng atau fairy tale. Dengan bijaknyanya teman ini menyokong tindakan sesiapa yang memilih hidup membujang dan sanggup memberikan dirinya sebagai contoh 'lara' yang memilih berkahwin dalam usia masih muda. Tapi bagi saya.. sebagai sahabat yang mengenal dia sejak sekian lama... fikiran saya terus terawang-awang.."apa yang mau dicari lagi ya??..(mungkin waktu hidup single dulu, masih belum puas nak enjoy ke sana ke sini agaknya.. dan entah hormon apa yang disuntik ke dalam badannya).. tetiba tak keruan mengimpikan dunia 'alternatif baru' dan belari bebas seperti seekor kuda terlepas dari kandangnya. Alahaiii..
Trend nikah-cerai yang melanda selebriti hiburan juga melanda dunia sekeliling kita. Kata pakar psikologi, kebanyakan orang sekarang lebih mengutamakan kebahagian peribadi, so apabila berkahwin, kalau kedua pihak tidak mampu, untuk hidup bahagia.. kata-putus dibuat untuk berpisah demi kebahagiaan masing-masing. Tapi, pada zaman orang tua kita dahulu, pasangan perlu mempertahankan perkahwinan kerana tekanan dari kumpulan masyarakat setempat dan budaya yang memaksa orang untuk mengganggap bahwa perkahwinan itu adalah sekali seumur hidup sahaja... dan andainya istana mahligai itu kecundang, maka mereka dianggap "sesuatu" kerana melencong dari struktur asal tata-nilai masyarakat. Tetapi tuntutan zaman sekarang sangat berbeza, nilai-nilai seperti itu sudah bergesel jauh (walaupun bukan semuanya begitu). Kini bercerai kerana tidak sefahaman bukan satu-satunya alasan stereotype...(katanya yang penting hepi)!
Ya, kini jikalau bertemu kenalan lama, pertanyaan klasik sesudah apa khabar adalah, “Dah kahwin ke?”..saya tidak keberatan untuk menjawabnya..haahaa malah rasa seronok pulak buat orang bingung dan prihatin kerana sudah seumur begini masih lagi sendiri. Dan keluar lah ayat standard yang stereotype.. "Hey, what’s wrong with you, babe??"
Puncak Kintamani - Gunung Batur, Bali
Anyhow, life has been so wonderful and friendly. Meski pernah juga ada masa-masa sukar yang pernah saya lalui (namanya pun kehidupan..) tapi alhamdulilah.. hidup harus sentiasa bersyukur dan reda pada ketentuan-NYA...
Apapun, berkahwin ataupun being single ada plus-minusnya. Bergantung bagaimana cara dan kreativiti menikmatinya. Jadi, nikmatilah perkahwinan Anda dan juga nikmatilah ke-single-an Anda ya...
Happy Birthday Life!!
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 24-Jan-2008 12:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
..time never look back..
|
|
I'm back (for you my dearly beloved FOTOPAGES!!) yelah.. time is always your enemy in writing... Sebuah pengalaman berharga tentang waktu dan pelajaran yang baik tentang betapa berharganya waktu. Time is time, you can never look back lah...
Thank you for visiting my little fotopages over the past year..
Bali Botanical Park, Bedugul
My life seemed to spin faster than usual. So many things to be finished, so many loose ends need to be tied up (will help if others don’t keep unraveling it) and so many plan need to be made and bring into reality. I am running out of time and listen to this endlessly. I don’t feel like going. Am I having cold feet? Nah, I simply hate leaving things unfinished or finished imperfectly (is there such a word?)
If I imagined my life as a series of movie episodes, I wish that I could skip some moment in my life to jump to the next episode...
Kuta Beach
Wouldn’t it be great, if you can fast forward to the part of life that you’ve been wanting to experience and skip the one that you are not so eager to experience? Wouldn’t it be great if you can rewind a part of your life so you can undo things that you did wrong? Or experiencing the oh-so-good part twice or more and perfecting it? And when you are in that oh-so-perfect moment, wouldn’t it be great if you can pause it? Freeze in time and hoping that time would stand still for you and every moment you have will be the greatest moment of all?
And when you are in doubt, wouldn’t it be great if you could see the end of it? Wouldn’t it be wonderful if you could have a sneak peek and see what kind of surprise that is waiting for you around the corner? Wouldn’t it be awesome if you could have some spoiler in advance so you knew what to expect? If you could have the making of your life and been given a chance to understand the reason why things happened for the way they are? Why this thing happened to you at this episode and not before? So many whys will be answered.
How I wish it could be true. But probably then I will not treasure it as much as I do now and life will not be as intriguing as well as wonderfully excruciating as it is now...
| Quote: | She Has No Time ~ by Keane
You think your days are uneventful
And no one ever thinks about you
She goes her own way
She goes her own way
You think your days are ordinary
And no one ever thinks about you
But we’re all the same
And she can hardly breathe without you
She says she has no time
For you now
She says she has no time
Think about the lonely people
Then think about the day she found you
Or lie to yourself
And see it all dissolve around you
She says she has no time
For you now
She says she has no time
For you now
She says she has no time
Lonely people tumble downwards
My heart opens up to you
When she says
She says she has no time
For you now
She says she has no time
For you now
She says she has no time |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 23-Oct-2007 03:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Time for a BREAK...
|
|
LOST that loving feeling???
I've been at this writing thing since may 2004 (www.fotopages.com)... almost for 3 and half years...I'm going to take a break from this blog for a couple of months. Maybe come back in next year?? After today, I'm not sure I even want to continue weblogging...??haahaaa
I like blogs that are written with a personal style. Words on a screen have meaning and emotion. Even better when the person writing can freely express their feelings and not have to hide behind a "corporate" cover .
...This may be my last entry...
It has many really fun moments. But overall, I think I was trying to write a book that just wasn't ME! I think I've figured out how to fix it, but it would take a major re-write, which some day, I hope to get to. But overall, I've completely lost that lovin' feeling for this manuscript. I'm not even sure I had it from the beginning. It was more like a blind date that just wouldn't end. As for me ~ I'm going back to working on the pc and writing my essays and taking my photos. I do know damn fine writing when I read it and glorious photographs when I see them though.
I feel like I'm whinning, but it's so much easier to spill my guts to a computer than to an actual person. I don't have to worry about the reactions I will get, or about hurting their feelings. I've noticed that I've been making some of my friends jealous (one in particular) and it makes me feel horrible. I apologize for anyone who decides to read this. I just....I don't know, needed to get some things off my chest, even if it's not to a real person. I don't like to set myself up for disappointment..
| Quote: | Many more women than men start and maintain personal online journal postings known as Web logs, or blogs for short. Female bloggers of all ages say they provide a great means of self-expression and forum for social-policy discourse.
"Women are very articulate in their blogs," she adds. "They're in their best face, using their best words. In many cases, women don't get the chance to express themselves this way" in face-to-face relationships. |
Does "happiness in life" sound like too ambitious a goal? Perhaps for some..I don't know, because I’m different now. And so, I'm open to something new...I just don’t have any expectations. That doesn't mean that I’m not a romantic, and it doesn't mean that I don't have things that I believe in, it's hard to not care!!
This is might be my last entry because of certain reasons....it may just be time to move on. I mean we all need to go our own ways and all that. I've finally decided... however I will never forget my little piece of masterpiece, a slice of my life, a portion of my experience, a sweet taste of my joys and the bitterness of my sadness. I will never forget this fotopages that has always been part of my experience that made up a portion of my wonderful years.... THANK YOU and GOODBYE
| Quote: | | Jangan percaya apa yg dilihat dengan mata... pandangan mata selalu menipu..pandangan akal selalu tersalah...pandangan nafsu selalu melulu. gunalah pandangan hati... kalau hati itu bersih.... |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 10-Oct-2007 01:28 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Salam Lebaran...
|
|
Andai jemari tak sempat berjabat
Jika raga tak bisa bersua
Bila ada kata membekas luka...
Semoga pintu maaf masih terbuka...
Bila kata merangkai dusta...
Bila langkah membekas lara...
Bila hati penuh prasangka...
Dan bila ada langkah yang menoreh luka...
Mohon bukakan pintu maaf...
Selamat Aidil Fitri
Mohon Maaf Zahir Batin
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 26-Sep-2007 09:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
INDAHNYA BERBAIK SANGKA...
|
|
....Something that I can not write freely here have been happening to me lately. This thing had been bothering me for quite sometimes for its potential impact and influence on my soul and sanity.
Jika orang yang sihat KALBUNYA senantiasa rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman. Sebaliknya orang yang berpenyakit jiwa dan kalbu kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat bolehlah dikatakan sebagai pesakit jiwa, merana kalbu....
....I believe it is the most difficult job if you want to do it accurately. Naturally there’s always battle on how you view your self vs how others viewed you...(being a painfully practical and insensitive person... that’s how I viewed my self, at least)..
Antara tanda-tanda penyakit kalbu ialah buruk sangka dan prasangka yang tidak ada hujung pangkal, contohnya anggapan yang bukan-bukan... mudah mencurigai orang lain tanpa alasan.
Orang yang bening kalbunya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit kalbu, kelihatan sikapnya yang dihurungi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itu mencerminkan ketidak-stabilan kalbu dan mental.
I’ve learned that once you let something upset you, your lungs close down. First you’d feel difficult to breath. Second, your legs and arms are numbed. And third, your face turn blue and somebody will need to put oxygen mask on you. Not nice, eh?
I had 2 options, let my feelings get the better of me or train my self to choose how I felt towards something. For the sake of my own health, I chosed the later. And it works!
| Quote: | Mencari tempat sunyi, kemudian duduk dan relaks adalah antara cara meditasi popular di Barat. Selepas itu menyebut kalimat seperti ‘Ham Sah’, suatu mantera dalam bahasa Sanskrit yang bermaksud "Aku ialah itu." Orang yang bermeditasi disuruh menjaga dan menyedari pernafasan.
Ketika menarik nafas, disuruh mengeluarkan kalimat ‘hammm’. Sewaktu mengeluarkan nafas, keluarkan kalimat ‘saah’. Mereka memejamkan mata dan mengulang proses itu selama beberapa minit.
Solat dan zikrullah mampu mendamaikan jiwa. Ia pasti lebih baik daripada meditasi yang dilakukan di Barat kerana solat dan zikrullah datang daripada Allah dan rasul. Ia benar-benar mendamai dan menenangkan, asalkan dilakukan dengan khusyuk. Jika kita bersolat dan berzikir dengan khusyuk, jantung berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.
Gelombang theta adalah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada pada saat yang sangat menenangkan, terutama ketika hampir terlena. Pada waktu itu ibadah kita meredakan tekanan dan menjadikan kita lebih tenang lagi ceria. |
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 12-Sep-2007 02:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
SELAMAT BERPUASA..UOLS'
|
|
Seribu senyuman..
belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup
menimbulkan rasa benci
...membina mengambil masa
...meruntuh sekelip masa
Untuk lisan yang kadang tak terjaga
Untuk sikap yang kadang tak berkenan
Untuk janji yang mungkin tak terpenuhi
Untuk gurau-senda yang mungkin menyakiti
Dengan segala kerendahan hati,
Dengan segala pengharapan tulus
Maafkan segala khilaf diri
"Mohon MAAF LAHIR DAN BATIN" yaa..
Semoga Ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina..
|
|
|
|
|
|
| Monday, 27-Aug-2007 01:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Is this normal?
|
|
http://www.bulgarihotels.com/
| Quote: | Pusing. Mumet. Pening. Migraine. Sakit Kepala. Headache!!
Kenapa tiba-tiba sibuk gini, sampai nggak sempat bersedih hati? Tuhan, semua ini supaya saya nggak sering-sering mikirin dia, ya?
Udah pernah diperiksain dokternya nyuruh gue relax therapy. Disuruh pijet, istirahat yang banyak, jangan stress...I'd never thought an attempt to relax would be a difficult thing to do...
..mungkin bosan?? Kerjaan lagi nggak seru. Nulis juga lagi buntu lagi. Sampai suatu ketika, saya berpikir tentang arti kehidupan. Sebetulnya untuk apa kita hidup? Oh, well, mungkin memang sudah saatnya bagi saya untuk"pindah"... |
Seorang teman sebentar lagi akan menikah. Seorang lagi kebetulan baru saja berpisah. Seorang kawan mengaku sedang gelisah. Seorang lagi tengah dihantui perasaan bersalah. Ketika seseorang diam-diam menyimpan rasa, ada seseorang yang sedang berusaha menepis cinta... Ketika sekeping cinta dilepaskan ke udara, seorang sahabat berlari untuk menangkap jatuhnya, sementara seorang lagi bersembunyi agar tak terkena serpihannya..
Ada ramuan benci dan cinta dalam setiap piring yang terhidang di meja. Di hidang sekata sehingga kita tidak bisa memilih salah satu saja di antara keduanya.
Ada sebuah jendela yang terbuka pada suatu malam yang berlalu sendiri. Di saat yang sama juga, sebuah jendela tertutup pada pagi hari yang terlalu sedih untuk dilewati berdua...
Duka itu bukan untuk dikongsi, tetapi untuk dipendam sendiri.
Dan ia remuk pada satu hari di mana dunia nampak demikian kejam dan sangat memusuhi. Dia berpaling hanya untuk mengetahui bahwa ia tengah menangis sendiri. Dia melihat bayangannya di cermin pagi ini. Dan kita melihat dia. Dia yang menangis, tanpa bahu untuk bersandar..
| Quote: | Ada orang-orang yang hanya punya sedikit pengalaman, tapi selalu mengambil pelajaran dari pengalamannya yang sedikit itu.
Ada juga orang-orang yang tidak punya pengalaman sama sekali, tapi selalu belajar banyak dari pengalaman orang lain.
Sayangnya ...
Ada jauh lebih banyak orang yang punya begitu banyak pengalaman, tapi tidak pernah belajar sedikitpun dari pengalamannya yang banyak itu. |
Mungkin ini saat dimana dia harus berdiri sendiri. Bukan waktunya lagi kita harus cemas berlari. Ada waktu-waktu di mana kita ingin dia bisa hidup tanpa bayangan diri. Bukan kerana kita ingin dia menyendiri dan kerana mampu mengatasi segala kesulitan sendiri. Tetapi kerana kita sudah lelah selalu menjadi alas kaki.
I deserve more than that...
|
|
|
|
|